Followers

Wednesday, November 24, 2010

Kota Singa, SINGAPURA

Hey hey hey~ bertemu lagi kita ye..ingtkan dah nk terminate dah dr berblog.huhu biasela.cuti semester ni bosan2 tiada apa-apa yang boleh dibuat dah selain dari memasak,basuh baju-baju yang bertimbun 2bulan tak basuh bajet nak focus study and project..haha lawak sungguh.

Baiklah teruskan dengan tajuk hari ini.berkaitan dengan kota singa iaitu singapura.eh kejap,singapura-singapore....mana lagi sedap sebut ye?singapore la ye..huhu...ade halaqah sket.:P kalau sebut singapura mcm ala-ala klasik org dahulu kala (cb baca dgn sebutan baku) sedap bukan? :P

*baca perenggan seterusnya dgn bahasa baku ya! :) huhu ( tringt cerita p.ramlee ) 

Di tengah minggu peperiksaan,ayah mahu ke singapura, untuk apa?ya,itu yg kami tak tahu..huhu bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah di sana.tapi panas la..jangan lupa pelindung matahari (sunblock) k ! :)

nah! settle! * brgambar di merlion * bukti dh pergi singapura. 

Nak cerita lebih-lebih mcm dh tak reti la pula sbb dah lama tak menulis karangan tingkatan 5. huhu . hanya sempat mengajar adik yg sedang berjuang untuk SPM beliau. 


GOOD LUCK angah! chaiyok2! * smbil pejam dua-dua mata buat muka chomel mcm magibon..hahahha saya jadi saiko jap sbb dia ni..

Mana tidak,6 juta ye rakan-rakan untuk video yang tidak berkata apa-apa....hahahha nantikan kemunculan MAGIBAN dr sy pula...lol :P

Sunday, October 31, 2010

Im back!

hai kawan-kawan :)

Rindu sama blog. baru pulang dr menziarahi cousin di hospital yg sakit.Banyak yg hendak dikongsikan bersama sebenarnya.

Tak mengapa,ermm.. tgh sibuk menelaah pelajaran.Maklumlah musim peperiksaan.Apa-apa do contact me at facebook ye. :)

Monday, August 2, 2010

Dulu VS Sekarang

YA!, rakan-rakan,hari ini kita akn melihat seorang anak dara yg sangat suka makan lately ni ye...untuk pengetahuan umum beliau telah secara tidak langsung menambah berat badan sebanyak 10kg!

Dan sekarang beliau sgt tertekan. Mari kita imbas kembali apa yg telah beliau usahakan sehingga capai ke tahap itu. huhu 

Wendy`s 

Carl`s` Junior - One Utama

 
Bubble Tea setiap hari

Fullhouse - sunway pyramid

Mamak stall

Cafetaria - Ikea Damansara

and tara!! muka beliau yg terkini...

eh silap! ada lagi,dalam dua ke tiga hari lepas beliau sempat lagi ke Harts untuk menikmati hidangan buffet memandangkan ala carte mmg dah mcm xcukup je...iskh2..



Hartz - sunway pyramid

Marilah kita bersama-sama mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna okay:) jangan asyik fikir nak diet je..:P

Monday, July 19, 2010

Kuatkan semangat


Ada kawan pernah tanya, ` benda paling kau takut dalam dunia ni apa ek?` dengan penuh keyakinan sy pun mmberikan jawapan yg sgt common iaitu hantu!..hahhaha tergelak golek-golek la kawan tu..( ok skrg sy xfaham,mcm la dia berani sgt ) cehh!

 Rupanya,benda yg sepatutnya kita takut dlm dunia ini ialah apabila kehilangan kedua ibu bapa kita..,mereka la tempat kita bergantung selama ni. Duit poket nk beli topup la,benda-benda mengarut....tempat perlindungan(rumah),kasih sayang SEGALE, kalau tak mana nk dpt peluk,cium ibu hari-hari sbelum ke kuliah. 

Takut sgt jika allah tarik nyawa kedua ibu-bapa sy sebelum sy sempat membalas jasa mereka, :( hari-hari berdoa supaya allah panjangkan umur,kesihatan yg baik,permudahkan rezeki,keluarga yg bahagia.

Chaiyok2 yaya,awk adalah seorang PELAJAR,semua dibiaya ibu ayah..kerja awk BELAJAR sahaja! dah! pergi siapkan project 2 yg tertangguh tu! notty ni...haaaipp!


Wednesday, July 7, 2010

Jangan gigit saya


Nyamuk suka gigit saya.kalau camping zaman sekolah-sekolah dulu,saya mmg makanan utama mereka..(corak mcm chicken pox dah) hahhahaha. eh lupa, yg gigit manusia ni nyamuk betina je taw! this is because darah yg mereka sedut digunakan untuk nk produce baby2 nyamuk ..(kalau xsilap la).tp lebih kurang mcm tu la kan...

Dalam kesedihan,sempat jugak la kaji..mengapa nyamuk suka gigit certain people je...haaa!! tara!!! saya la org yg bertuah tu...huhu...(adeiyh saket sbnarnya) :( okay2..

Nyamuk suka pada org yg blood type O. ini kerana,mereka ini mengeluarkan certain odour yg mmg digemari nyamuk...hahahha (sy dh check...rupanya sy `O` blood type...no wonder la kan) wangi sgt...nyamuk suka...org lagi la...=p ahaks... 

Tahu tak! yang mosquitto repellent segala kt pasaraya semua tu,actually adalah bau-bauan org yg selain dr O blood type! haha...tpkan,ibu cakap makan je serai..yg ada kat dalam tom yum tu pun dah ok dah pun...nyamuk mmg alah pada bau serai ni..:) 

Dont worry!pada anda yg ada masalah mcm saya,try la sabun mandian serai..paling tidak,kena je gigit..hilangkan kegatalan dengan jirus air kt tempat tu..:)

Wednesday, June 30, 2010

Kakak mithali,errk ye ke??


Harini tugas sy dah mcm mak org rasenye,ye la..

bangun - masak - sidai kain -lipat kain - amek adik bersekolah - jumpe baby! (untuk pnyejuk hati) wink2 :D - hntar adik mengaji - ambil kek untuk ibu :D

sy suka sgt ambil adik-adik habis sekolah.teringat masa zaman muda-muda dulu..huhu..pakai uniform!senang sikit,tak perlu pening nk fikir baju apa untuk ke kuliah esok hari.

ini la baby nye..nama dia alif..:) 

sgt comel...baju koleksi alif ni ade byk taw! tgk kepala dia..itu teddy kan??tapi setiap hari akn tukar,macam2 kepala ada...harimau,kucing,buaya...terbaekk la!!

kenapa??T A K P E R C A Y A??

setiap hari sy akn dtg ke rumah dia nk kiss baby ni...haha..dah mcm ibu yg bercerai,dtg nak jumpa ank senyap-senyap setiap hari..:P

ermm,smlm ada order kek dekat mak hanis zalikha...harini siap..sempena buffday ibu yg dh lepas ( sorry ek ibu lmbt sgt ) :P

taraaa!! moist chocolate cake untuk ibu!


kasi close up sket! :P huhu 

tak sabar nk tunggu buffday acik..nak makan baskin robin punya ice cream cake pulak!weeeee 

Saturday, June 26, 2010

Renungan bersama


Bangun pagi tadi,mendapat panggilan dari ayah. khabar tidak baik tentang pemergian sepupu yg kemalangan sewaktu dlm prjalanan ke tempat kerja.

Bagai tak percaya,kerana arwah masih muda dan yang menyedihkan,arwah baru sahaja memiliki seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel.bayi itu seakan memahami bahawa ayahnya sudah tiada.( sbb time nk tanam mayat ayah dia tu,baby tu nagis kuat2,mcm xnk bagi ayah dia kena tanam ).kasihan bayi.

ibu seperti mahu mengambil bayi tersebut menjadi anak angkat mengenangkan si isteri kepada arwah baru berusia 21thn dan tidak berkerja.
Tapi sayang,sewaktu tahlil berlangsung,si isteri membawa keluar bayi dan barang2 pulang ke rumah ibunya. ( humm mcm xtak patutkan?? ) tapi,mungkin beliau ada alasan trsendiri.

Hati org...siapa yg tahu.......

Jadi,if anda ada teringat pd sesiapa,berusaha lah untuk jumpa sementara mereka masih hidup.paling tak pun,give a call...nnt dah tiada,airmata darah pun tak mampu nak ubah apa-apa... :(