western food ( tbe2 je..padahal takde kaitan pun )
Bila sentuh bab makan je..mesti konon2 xkesah nk makan mana2,asalkan dia sedap dan murah!..haaa..cakap bab makan,suke ek korang..hoho..ok2 anda normal..!
Dalam hidup ni if anda perhatikan la,ntah dekat brape juta lemon kali anda akan makan benda yg sama dari anda kecil sebesar satu pemeluk, smpai la saat anda baca artikel ni..( sebesar 3 pemeluk disertai perut yg sedikit kehadapan :P )
Baiklah hari ini saya bagi 3dulu ek.. senarai tempat makan nasi lemak yang best memandangkan saya belajar di uitm shah alam.jadi konfem2 tempat itu berdekatan kampus:D
gambar hiasan
Bagi penggemar nasi lemak(spt saya) atau yang teringin nak try nasi lemak TERBAEEKK sepanjang zaman,FUYYooo gua cakap sama lu! :-
kategori boleh tahan la...
3) nasi lemak restoran gembira seksyen 3
kategori sedap woo...
2) pak ayob seksyen 6
kategori MALATOP!
1) Nasi lemak pak cik bawah DEMC - DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE..
Perghh ni memang terbaekk! dahla murah,if anda mintak nasi lemak biasa tambah telur rebus sebijik baru RM1.50..hoho..belum lagi mintak ayam goreng ranggup dia total RM 2.50 je paling mahal dia boleh pergi..imagine! nasi yang banyak,sambal yg sedap,baunya yg perghh masyiiiook..makan time tgh panas2.Memang berbaloi baloi..:D
Operation time : petang,dalam pukul 5 camtu smpai malam.tp depends jugak.if habis cepat,then ptg tu jugak dh habis..:D
Makan..tetap makan..tapi,ibu saya kata,kalau nk makan.kena tgk juga siapa yg masak,apa bahan2nya,cara menyediakanya,bersih ke tidak,worth it ke tak,hoho..banyak lagi la..blom masuk cara penyembelihanya,nk pastikan yang ayam/daging yang kita makan tu halal ke..haram ke..benda halal dan boleh makan pun,jika tidak ikut cara penyembelihan islam,haram dimakan taw! awas!
Seperti contoh warung kopitiam yang diminati anak2 muda sekarang ( ewaah2 ckp mcm la dia tu dh cukop besar ) :P hehe...haa..kt mana tadi?? haa..kopitiam..yang menjadi trend,konon2 if makan kt situ macam ada kelas la sikit..pleasee la..tgk dulu kalau nk makan,jangan main BOOoo JE...
nissin noodle
Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya.
Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya.
Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
dalam menu
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut.
Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
restoran yang diragui status halal
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my
next time anda nak makan,carefull ye..
pssst...!--->pasni korang jangan la kutuk yaya,ye la..selama ni korang ajak yaya tak nak pergi sebab ibu dh pesan,`apa yang kita makan,akan jadi darah daging`thus if benda yang haram dimakan kompem!hati gelap..sbb tu la senang2 je ingkar suruhan allah..
p/s - maklumat tentang kopitiam ini diperolehi dari email yang difoward2 (harap maklum)
Thanks for dropping by~
ReplyDeletehaha bagus2..post yg berani, teruskann!!!!!
ReplyDeleteowh thanks g taw psal old town
ReplyDeleteslalu ak lpk sane.
huhu.
baru tahu
:)