Nak tahu tak?Sebenarnya setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam??tahu tak?? haa mcm ni ceritanya..
Tenaga alam ini ialah yang dapat by perubahan warna alam....ermm
perubahan warna alam juga sesuatu yang common bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi juga...btol x ezad?? :P xkisahla siapa2 pun...bukan ezad je taw...saje nk mention dia..sbb dia mmg bersemangat dlm photography..huhu..* nnt kte arrange next session nye photoshoot taw!?* :P
perghhh terbaekkkk!
ok! dah...start cerita!!:D weee
subuh
Time2 ni, alam ada dalam spektrum warna biru muda,means frekuensi tyroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..thus, warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi...
as a conclusion = Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki..sebab apa???
sebab.....tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu...start je azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
This tenaga yg akan badan absorb based on resonance concept pd waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang TIDAK OPTIMUM lagi....ok?:D
next!!
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? tell me...berani cakap la..siapa je tgh2 gastrik,sakit perut guling2 pastu boleh plak mintak order ` mekdi happy meal satu!..tuka air ngan air ribena taw..pastu nnt patung,mintak yg kiut2 ek :P` huhu... siapa la tu kan.....ahaks
ok2!stop mentioned bout McD:P
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini = dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Haaa...ini wa cakap lu! memang terbaekkk la bg yg sudah berkahwin!:P yang sah je okay! yang belum tu jangan gatal2 nk fikir laen...:P huhu
Rahsia warna oren ialah kreativiti. siap yang dalam bidang mcm architecture ke??:P student2 art and design ke...ha....anda patut rebut peluang ni,jangan lupa solat asar taw...sbb orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan again! jangan lupa...:P tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita...huhu....* i memang pelajar cemerlang biology*ahaks...perasan
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (silau2 la kot) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
kenapa sy bold??sbb ramai kawan2 yg suka time2 ni la nk dating ngan boyfriend...time2 ni jugak la nk keluar cari makan dinner...tak pon baru balik maen bola ke....* no hearts feeling okay*
mcm minah kt bawah ni..mula2 date ngan sorg je,
lepas tu cari mangsa lain yg agak2 ada sama colour ngan dia lagi..
err,..rasenya gmbar ni ade shaking ar kt muka yaya...
next pose!.....taraaaaaaaa!
ok ok...jadi....:D
PROCEED!!
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan..
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. semua org sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . guLP! :(
okay...sy belum solat isyak lagi...jmpe nnt ek! :D wink2